Kami sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan
yang cekap dan berkesan kepada semua masyarakat perkapalan bagi mempertingkatkan
keselamatan Sistem Perhubungan Laut
Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :-
1. Mengadakan Peperiksaan Sijil Kecekapan Laut sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi setiap gred;
2. Mengeluarkan Sijil Kecekapan dalam masa dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima;
3. Memproses dokumen untuk perolehan pelepasan pelabuhan bagi kapal dalam masa dua jam dari permohonan diterima;
4. Mengedarkan notis pelaut kepada kesemua pihak yang disenaraikan selewat-lewatnya dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh maklumat diterima;
5. Memproses pengeluaran Sijil Modular dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh maklumat diterima;
6. Menjalankan pemeriksaan akhir dan memproses pengeluaran Sijil Statutory Kapal dalam masa 7 hari bekerja selepas lulus pemeriksaan yang ditetapkan;
7. Memproses pengeluaran Sijil Pendaftaran Kapal dan juga Lesen Bot dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
8. Menjalankan pengauditan di bawah Sistem Pengurusan Keselamatan Kapal dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan diterima;
9. Melaksanakan pengeluaran dan pengendorsan Sijil Penuh Dokumen Kepatuhan ( Kod ISM ) dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh ketakakuran terakhir ditutup;
10. Memastikan ketersediaan rumah api sekurang-kurangnya 99% setahun ;
11. Memastikan ketersediaan tandarah suar sekurang-kurangnya 98% setahun;
12. Memastikan ketersediaan pelampung pandu berlampu sekurang-kurangnya 97% setahun.