
MESEJ KETUA PENGARAH LAUT
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI JABATAN LAUT MALAYSIA.
Sejak pertama kali laman web Jabatan Laut dilancarkan, lebih
10 tahun yang lampau, Jabatan Laut telah mengalami tranformasi, menjadi
peneraju dalam bidang keselamatan maritim di negara ini. Tiga jabatan iaitu
Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang sebelum ini
beroperasi secara berasingan telah disatukan,
sebagai Jabatan Laut Malaysia. Susulan dari transformasi ini, adalah
tepat pada masanya, untuk mengujudkan satu laman web baru yang lebih mesra pelanggan,
yang menggabungkan maklumat ketiga-tiga jabatan dan mengintegrasikan
perkhidmatan atas talian di dalam satu portal. Proses integrasi ini adalah
sejajar dengan polisi kerajaan “One Service, One Delivery and No Wrong Door”.
Sebarang perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan sama ada diajukan kepada
Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak akan dilayani. Laman web
ini memberi keselesaan kepada pelanggan kami mengakses maklumat dan
perkhidmatan dengan hanya “klik” di laman web kami.
Selain dari mengintegrasikan laman web, kami memanfaatkan
teknologi untuk meningkatkan perkhidmatan, dengan melabur dalam pembangunan
kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk masa depan. Kami telah
menambah perkhidmatan atas talian termasuklah “e-payment” bagi pembayaran dius
api. Dengan bangganya, boleh kami nyatakan bahawa setiap pejabat kami di
seluruh negara termasuk pejabat yang jauh terpencil, boleh dihubungi dan
dicapai. Dengan perluasan kemudahan ICT ini, kami dapat menjamin kualiti
perkhidmatan yang diberikan adalah setaraf. Dengan gandingan penjawat awam yang
terlatih dan bersikap positif, kami boleh memberi perkhidmatan di barisan
hadapan yang berkualiti tinggi.
Dengan pelancaran laman web baru ini, kami yakin dapat
memberi perkhidmatan yang berkesan dan meningkatkan standard perkhidmatan dan
penyampaian jabatan. Ini adalah sejajar dengan Piagam Pelanggan kami iaitu
meningkatkan keselamatan kapal-kapal di Malaysia dan menyediakan maklumat
terkini kepada semua kapal yang belayar di perairan kita. Matlamat utama
nasional adalah untuk memastikan industri pengangkutan laut Malaysia yang
lestari dan berdaya saing.
Saya berharap laman web baru ini akan dapat memberi maklumat
yang berguna kepada anda. Kami mengalu-alukan maklumbalas dan cadangan bagi
membolehkan kami meningkatkan perkhidmatan yang disediakan. Sila layari laman
web kami dan saya harap anda akan menemui maklumat yang diperlukan di sini.
Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi kami.