Makluman :
1. Mulai 1 Januari 2025, Pemilik kapal dikehendaki untuk mendapatkan kontrak insurans atau jaminan kewangan daripada pembekal perkhidmatan insurans yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM). JLM hanya memperakui dan mengeluarkan Sijil Perakuan Insurans CLC 1992, BCC 2001 dan WRC 2007 dari perlindungan insurans (kad biru) atau jaminan kewangan yang dikeluarkan oleh penyedia insurans tersenarai -MSN 1/2025.
2. Di dalam notis MSN 1/2025- Senarai Pembekal Perkhidmatan Insurans atau Jaminan Kewangan Yang Diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM) Bagi Pengeluaran Sijil Insurans Untuk Peraturan Konvensyen Antarabangsa CLC 1992, BCC 2001 dan WRC 2007 tidak menyatakan secara khusus kepada kapal-kapal yang MELEBIHI 30,000 GT. Sehubungan itu, pemilik kapal hendaklah:
(i) Pemilik Kapal hendaklah memohon dan mendapatkan kebenaran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menggunakan pembekal atau syarikat insurans P&I dari luar negara (IG Club). Sila rujuk MSN 1/2025 Annex I Bahagian C untuk maklumat perhubungan dengan BNM dan;
(ii) Surat/email Permohonan Kebenaran kepada BNM atau daripada BNM tersebut perlulah disertakan sebagai bukti bahawa permohonan dalam proses perundingan dengan pihak BNM apabila pemilik kapal membuat permohonan kepada Jabatan Laut Malaysia (JLM) untuk mendapatkan sijil pengiktirafan Insurans CLC 1992, BCC 2001 dan WRC 2007.
Permohonan akan diproses selepas perkara (i) dan perkara (ii) dipenuhi.
3. Pemohon boleh membuat bayaran & kutipan Sijil Perakuan Insuran Kapal (CLC/BCC/WRC) di Pejabat Laut Wilayah dengan memlih pilihan Collect Cert From Port di paparan New Application.
4. Proses semakan & kelulusan permohonan juga akan dibuat oleh Pejabat Laut Wilayah berkaitan.